My Add

Wednesday 22 August 2012

OCK intai perniagaan tenaga boleh diperbaharui

*PENGHASILAN panel solar mampu menawarkan peluang perniagaan yang baik di negara yang menerima sinaran matahari yang banyak. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Penyedia perkhidmatan telekomunikasi, OCK Bhd. (OCK) melalui anak syarikatnya EI Power Technologies Sdn. Bhd. (EIPT) berminat untuk meneroka peluang perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE), terutama dalam teknologi solar.

Pengarah Urusan Kumpulan, Sam Ooi berkata, pihaknya sentiasa mencari ruang untuk mencari punca pendapatan atau perolehan tambahan, selagi ia tidak bercanggah dengan struktur perniagaan sedia ada syarikat.

''Kami mempunyai anak syarikat yang mengendalikan pengeluaran teknologi solar ini, memandangkan ia merupakan salah satu cara kami mengurangkan kos.

''Sebelum ini, semua panel solar kami diletakkan di pencawang telekomunikasi yang kami uruskan bagi mengurangkan penggunaan tenaga elektrik biasa dan OCK dapati ia dapat mengurangkan kos operasi," teganya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment