My Add

Saturday 25 August 2012

Isu hudud : Guan Eng, Kit Siang menyepi

KUALA LUMPUR 24 Ogos - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng terus membisu dalam memberikan sebarang kenyataan berhubung pelaksanaan hukum hudud yang sekian lama diperjuangkan Pas.

Malah kedua-dua pemimpin DAP itu juga tidak mengeluarkan sebarang maklum balas atau kenyataan mengenai isu berkenaan di laman sosial khususnya Twitter dan blog mereka.

Selain pelaksanaan hukum hudud, kedua-dua mereka juga terus mendiamkan diri terhadap pendedahan blog propembangkang, http://suarapakatanrakyat.commengenai penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap hukum hudud.

Blog itu mendakwa, Anwar sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam terbabit bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang dan ia tidak terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pembangkang jika berjaya memerintah negara pada masa depan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment