My Add

Saturday 25 August 2012

Hudud: Pas terkontang-kanting

Oleh KAMIL MASLIH
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakinkan DAP untuk menyokong hudud membuktikan Pas terkontang-kanting dan bersendirian dalam perjuangan agenda Islam.

Beberapa penganalisis politik turut sependapat Pas tidak dapat bergantung kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memperjuangkan negara Islam kerana Anwar akan lebih mengutamakan DAP demi survival politiknya.

GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan berkata, Pas perlu menilai kembali kedudukannya dalam pakatan pembangkang kerana adalah jelas DAP jauh lebih dominan sehingga boleh mengeluarkan pelaksanaan hukum hudud daripada agenda pakatan pembangkang.

"Pas telah dipermainkan, mereka mengharapkan Anwar dapat memihak kepada mereka dalam isu hudud tetapi Anwar gagal dan mempunyai agendanya sendiri," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment