My Add

Friday 3 August 2012

Isu royalti minyak diatasi sebelum PRU-13

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: UMNO Kelantan mempunyai cara tersendiri bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang digunakan oleh Pas sebagai modal politik untuk membangkitkan sentimen rakyat supaya menolak parti itu pada pilihan raya akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya akan menyelesaikan isu tersebut dengan cara yang berhemah mengikut lunas-lunas perundangan dan Perlembagaan negara.

Justeru, kata beliau, semua isu termasuk royalti minyak akan diselesaikan secepat mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Semua isu yang timbul kita perlu selesaikan, malah sejak dari dahulu kita sentiasa proaktif dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit, sebagai contoh harga barang naik, untuk menyelesaikan isu ini kita (Kerajaan Pusat) tubuh Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment