My Add

Friday 3 August 2012

Pusat urut: Selangor wajar bertindak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 02 Ogos, 2012: Kebanjiran pusat urut dan hiburan haram di Selangor wajar dipandang serius semua pihak berwajib terutamanya kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor selaku pentadbir negeri.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, selain menghalang pusat urut dan hiburan haram itu beroperasi, pihak yang terlibat dalam salah guna kuasa sehingga menyebabkan aktiviti tersebut berleluasa juga perlu disiasat dan dikenakan tindakan.

Katanya, penyelewengan atau salah guna kuasa itu kemungkinan besar berlaku ekoran tinjauan persatuan tersebut yang melihat banyak pusat-pusat berkenaan beroperasi termasuk di lokasi yang tidak sewajarnya.

“Apa yang dibimbangi ialah jika ada pihak atau individu yang menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan lesen operasi sewenang-wenangnya serta melindungi pusat-pusat ini,' katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment