My Add

Friday 3 August 2012

Jadikan pergolakan di Asia Barat iktibar: Tengku Abdullah

TEMERLOH, JUMAAT, 03 OGOD, 2012: Pergolakan yang berlaku di negara Asia Barat perlu dijadikan iktibar oleh rakyat negara ini terutamanya umat Islam, titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

Titah baginda pergolakan itu menyebabkan negara terbabit dilanda peperangan dan di ambang kehancuran serta rakyatnya menderita. 

Baginda bimbang pergolakan yang berlaku di negara berkenaan akan merebak ke negara ini jika rakyat tidak menghormati undang-undang dan melakukan aktiviti secara melampau serta tidak menghormati perpaduan antara satu sama lain. 

"Rakyat terutamanya umat Islam di negara ini perlu mengekalkan hubungan dan perpaduan antara satu sama lain kerana segala kemewahan serta nikmat yang dikecapi kini adalah hasil kerjasama dan perpaduan semua kaum. 

"Budaya bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain itu bukan sahaja untuk masa kini, tetapi perlu diteruskan bagi kepentingan dan keamanan serta kesejahteraan genarasi akan datang," titah baginda. 

Tengku Mahkota bertitah sewaktu merasmikan masjid baru Kampung Sanggang berharga RM450,000 di Sanggang petang semalam. Baginda turut menamakan masjid itu Masjid Saiyidina Abu Bakar Al-Sidek. 

Turut berangkat Tengku Puan Hajah Aminah Azizah Iskandariah. Hadir sama Ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said, Exco kerajaan negeri Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan ketua-ketua jabatan kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment