My Add

Thursday 23 August 2012

Jenayah warga asing meningkat

Oleh ANGELINA SINYANG
KUALA LUMPUR,RABU, 22 Ogos, 2012: Kes pergaduhan dan pembunuhan membabitkan rakyat asing yang bekerja atau belajar di negara ini dilaporkan semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Ini kerana dalam tempoh empat hari sepanjang minggu lalu sahaja, terdapat tiga kes pergaduhan yang membawa kematian membabitkan warga asing di ibu negara.

Ketiga-tiga kes tersebut membabitkan pergaduhan rakyat asing sesama rakan senegara iaitu warga Nigeria, Myanmar dan Iran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kes pertama berlaku pukul 11.30 malam pada Khamis minggu lalu membabitkan mangsa seorang lelaki Nigeria berusia 27 tahun.

Menurutnya, mangsa yang belajar di sebuah kolej di Jalan Sultan Ismail cedera parah dan mati pada Ahad lalu setelah diserang dengan botol kaca oleh sekumpulan lelaki juga dari Nigeria berhampiran Pasar Raya Carrefour di Kepong. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment