My Add

Thursday 23 August 2012

Satu penghinaan - CUEPACS

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
 KUALA LUMPUR, RABU, 22 Ogos, 2012: Tindakan memberhentikan ramai kakitangan awam Melayu di Pulau Pinang mungkin ada kaitan dengan hasrat pembangkang untuk mengurangkan 30 peratus jumlah golongan tersebut di negara ini.

Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.

"Jika benar dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya, maka hasrat pembangkang mengurangkan 30 peratus kakitangan awam mungkin menjadi kenyataan.

"Tindakan itu langsung tidak boleh diterima dan ia merupakan satu penghinaan kepada kakitangan awam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment