My Add

Wednesday 29 August 2012

Jimmy serah rakaman video kepada mahkamah

SHAH ALAM, SELASA, 28 Ogos, 2012: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menerima dua salinan cakera padat video (VCD) daripada Jimmy Shanley yang mengandungi rakaman yang diambil sendiri oleh pengacara dan pelakon itu di rumah isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, dua tahun lalu.

Bagaimanapun Hakim Syarie, Mawardi Che Man menangguhkan penayangan video itu bagi memberi peluang kepada Nursuhaila dan peguamnya untuk melihat sendiri rakaman tersebut dan sama ada terdapat hal-hal sensitif yang tidak membenarkan ia ditayang dalam mahkamah.

Sebelum itu peguam Nursuhaila, Sa'adiah Din turut memohon mahkamah menangguhkan sesi soal balas terhadap Jimmy kerana pihaknya masih belum meneliti keterangan dan afidavit 48 perenggan dalam kes perbicaraan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) kedua-dua pihak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment