My Add

Wednesday 29 August 2012

Peguam larikan RM1j diburu

MUAR, SELASA, 28 Ogos, 2012: Polis sedang mengesan seorang peguam yang didakwa melarikan wang pinjaman Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-guru Agama Johor (Kogaj) sebanyak RM1 juta sejak enam tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Shahadan Jaafar berkata, suspek, Zulfadhli Mohd. Yusof, 40, dari Sungai Abong di sini merupakan peguam yang dilantik pihak Kogaj untuk urusan pinjaman daripada Tabung Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi.

"Pinjaman sebanyak RM1,112,000 dibayar kepada Tetuan Zulfadhli & Co. pada 2007. Bagaimanapun suspek hanya membayar RM112,000, manakala baki RM1 juta tidak dibayar kepada pihak Kogaj.

"Suspek kemudian menghilangkan diri dan tidak dapat dikesan manakala baki RM1 juta masih tidak diterima sehingga hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment