My Add

Monday 6 August 2012

JPJ sasar kurang kemalangan babit motosikal

ALOR SETAR, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mensasarkan untuk mengurangkan kadar kemalangan dan angka kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal dalam operasi sempena Aidilfitri mulai 12 hingga 26 Ogos.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamed berkata, statistik menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya menyumbang 60 peratus daripada angka kematian tahun lepas.

Menerusi operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri, JPJ akan mengerahkan 1,806 anggotanya di seluruh negara bagi memantau 32 terminal bas, penyamaran bas ekspres dan meletakkan anggota di kawasan bermasalah atau ”Black Spot”, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment