KUALA TERENGGANU, ISNIN, 06 Ogos, 2012: Ibu bapa yang membiar dan membenarkan anak-anak mereka bermain mercun bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Amaran itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang melihat aktiviti bermain mercun masih berleluasa di negeri ini.
Menurut Jamshah, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan penjualan dan membiarkan anak-anak terus bermain mercun.
"Larangan bermain serta menjual mercun masih berkuatkuasa dan jika kita dapat tangkap kanak-kanak bermain mercun yang merbahaya, ibu bapa mereka akan kita dakwa di mahkamah dengan segera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMAa
No comments:
Post a Comment