My Add

Wednesday 22 August 2012

Jumlah air sesuai dirawat kurang 25 peratus

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Krisis air di Selangor yang dijangka berlaku pada 2014 akan menjadi kenyataan jika kuantiti air bersih iaitu mencapai standard kelas 1,2 dan 2b yang ketika ini hanya tinggal kurang daripada 25 peratus diambil kira.

Ia bermakna, hanya bekalan air di sepanjang 49 kilometer daripada keseluruhan 142.38 kilometer Sungai Langat bermula dari Pangsun dan Hulu Lui hingga ke Batu 11 Hulu Langat mempunyai kualiti air menepati piawaian air minuman bersih iaitu sesuai untuk dirawat.

Selebihnya iaitu 93.38 kilometer lagi bermula dari stesen di Batu 11 (persimpangan Serdang dan Cheras) hingga ke muara sungai sebelum mengalir keluar ke laut dikategorikan sebagai separa tercemar atau tercemar.

Sehubungan itu, Ketua Unit Pemodelan Alam Sekitar, Pusat Kecemerlangan Forensik Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Hafizan Juahir yang mendedahkan perkara itu menyarankan projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan bagi menjamin bekalan air bersih. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment