My Add

Wednesday 22 August 2012

Air: Perak sedia bantu Selangor

KUALA KANGSAR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Atas dasar kemanusiaan, Perak sedia menghulurkan bantuan kepada Selangor yang bakal berdepan krisis air kerana negeri itu mempunyai bekalan sumber tersebut melebihi 40 peratus daripada jumlah keperluan penggunaan harian.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam, Air dan Tenaga negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, sebanyak 36 buah loji air terawat yang ada di negeri itu juga mampu menyediakan bekalan mencukupi sekiranya berlaku kemarau panjang.

"Dalam soal keperluan asas dan bukannya soal parti, pada kita, rakyat perlu dibantu. Jika kerajaan Selangor memerlukan bantuan, kita sedia membantu melalui urusan air dari negeri ke negeri. Lagipun, Loji Lembaga Air Perak (LAP) di Kota Lama Kiri dekat sini mempunyai keistimewaan kerana boleh memproses sumber air dari Sungai Perak menggunakan teknologi sumber air bawah tanah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment