My Add

Saturday 4 August 2012

Karikatur hina Islam, KDN perlu bertegas

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta mengambil tindakan tegas terhadap guru dan pemilik tuisyen yang menghina Islam agar ia tidak terus-menerus berulang di masa depan.

Presiden Kebangsaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, KDN tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri terhadap sebarang isu yang berkaitan dengan akidah umat Islam.

''Permohonan maaf secara terbuka oleh guru dan pemilik pusat tuisyen terbabit tidak boleh diterima sebaliknya kedua-dua mereka perlu dikenakan tindakan sewajarnya.

"Perbuatan mereka itu tidak boleh dimaafkan dan tindakan tegas perlu diambil oleh KDN agar ia tidak berulang kemudian hari," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Kelmarin, seorang guru, Fu Chong Yoong, 26, dan pemilik pusat tuisyen di Tangkak, Ledang, Lim Lee Yee, 26, membuat kenyataan memohon maaf dan menyesali kesilapan yang telah mereka lakukan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment