My Add

Saturday 4 August 2012

Terap disiplin tinggi elak perbalahan - Zahid Hamidi

*AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan penduduk ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid AL-Ghazali Batu 8, Hutan Melintang, malam tadi.

BAGAN DATOH, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh pegawai dan anggota tentera menerapkan amalan disiplin yang tinggi bagi mengelakkan perbalahan antara satu sama lain.

Mengulas insiden seorang anggota tentera cedera selepas didakwa dibelasah sekumpulan pegawai kerana tidak memberi tabik hormat Sabtu lalu, Ahmad Zahid berkata, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku jika kedua-dua pihak faham tanggungjawab masing-masing.

"Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi masing-masing perlu mengamalkan tahap disiplin yang tinggi. Setiap anggota tentera sudah dilatih menghormati pegawai atasan tidak kira siapa mereka, sama ada memakai uniform atau tidak," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment