My Add

Wednesday 22 August 2012

Karpal bersikap keterlaluan

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, SELasa, 21 Ogos, 2012: Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan (gambar) mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.

Nasrudin berkata, tindakan Karpal itu akan menyebabkan beliau berdepan dengan kemarahan umat Islam.

"Saya sarankan DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud, sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama PR (pakatan rakyat)," katanya menerusi akaun Twitter miliknya malam semalam.

Semalam, Karpal mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan undang-undang Islam itu mustahil dipraktikkan di negara ini.

Karpal turut menyatakan hukum hudud tidak mampu membantu membasmi kegiatan jenayah di Malaysia. - UTUSAN

...

No comments:

Post a Comment