My Add

Wednesday 22 August 2012

Karpal tidak layak bercakap tentang hudud

KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Ogos, 2012: Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak layak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hukum hudud kerana beliau tidak memahami undang-undang Islam itu secara mendalam.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, Ahli Parlimen Jelutong itu juga tidak sepatutnya mencampuri urusan berkaitan agama Islam di negara ini.

"Adalah mustahil bagi Karpal untuk memberi ulasan atau kritikan terhadap perkara yang beliau sendiri tidak faham.

"Pada pandangan saya, Karpal melakukan kesilapan yang besar apabila memberi pandangan tentang hukum hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Aminuddin, Pas sepatutnya memainkan peranan memperjelaskan kepada pemimpin-pemimpin DAP tentang hasrat parti itu melaksanakan hukum hudud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment