My Add

Sunday 5 August 2012

Kebajikan penjawat awam sentiasa diberi keutamaan - PM

PEKAN, SABTU, 04 Ogos, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebajikan seluruh penjawat awam di negara ini sentiasa diberi perhatian mengikut kemampuan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, buktinya pada awal tahun ini, beliau mengumumkan kenaikan gaji daripada tujuh kepada 13 peratus untuk semua penjawat awam selain pemberian bonus separuh gaji sebagai persiapan menyambut Aidilfitri baru-baru ini.

"Apa yang penting, seluruh penjawat awam perlu terus komited dalam menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme yang tinggi.

"Ini baiah antara kerajaan dan penjawat awam. Walaupun baiah ini tidak dibuat secara Islam, kita perlu menggunakan semangat baiah ini," katanya.

Beliau berucap pada majlis berbuka puasa bersama penjawat awam daerah Pekan yang dihadiri kira-kira 1,000 penjawat awam di sini hari ini.

Menurut Najib, kerjasama antara kerajaan dan penjawat awam penting kerana ia merupakan tonggak kejayaan negara sejak merdeka sehingga kini.

Katanya, kesetiaan dan sokongan penjawat awam terutama dalam melaksanakan keputusan kerajaan dan membantu menyelesaikan masalah rakyat adalah sesuatu yang sangat bermakna.

"Tanpa sokongan itu, tidak mungkin negara akan melalui proses pembaharuan besar, daripada negara bercorak pertanian kepada bercorak industri berpendapatan sederhana tinggi.

"Daripada tidak dikenali, hari ini, negara kita Malaysia sudah dikenali di serata dunia. Inilah transformasi bersama berkat kerjasama pentadbiran kerajaan dan penjawat awam," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment