My Add

Saturday 4 August 2012

Kebersihan gerai Ramadan di Melaka memuaskan

MELAKA, SABTU,04 Ogos, 2012: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mendapati tahap keselamatan dan kebersihan di 771 gerai jualan di 24 tapak Bazar Ramadan di seluruh negeri ini berada pada tahap yang memuaskan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan NGO negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, jabatan itu melakukan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai berkenaan dalam tempoh 14 hari ia beroperasi.

"Tidak ada saman atau kompaun dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan melibatkan soal kebersihan premis atau etika ketika penyediaan makanan premis jualan,” katanya kepada pemberita selepas Ops Ramadan di Bazar Ramadan Peringgit hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan itu turut melibatkan 11 dapur hotel dan tiga kilang air batu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment