My Add

Sunday 5 August 2012

Keluarga Ibrahim Pendek mohon sumbangan


*ZAINAL Abu (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Aidit Ibrahim di Tanjung Keling, Melaka, kelmarin.

MELAKA, SABU, 04 Ogos, 2012: Mengharungi kehidupan dengan hanya daripada hasil jualan di kedai makan yang tidak seberapa, membuatkan keluarga seniman legenda, Ibrahim Pendek kini serba kekurangan.

Menurut anak pelakon terkenal itu, Aidid Ibrahim, 33, sejak bapanya meninggal dunia pada 2003, kehidupan mereka tujuh beradik serta ibu, Asiah Othman, 57, yang tinggal bersama di Tanjung Kling di sini begitu sukar.

"Saya dan keluarga tinggal di rumah ini sejak 2003 selepas ayah meninggal dunia. Ayah memang tidak meninggalkan apa-apa harta kepada kami.

"Rumah yang kami duduki ini juga sudah uzur, bahkan tanah ini pula milik orang. Keadaan yang tidak selesa ini ditambah pula dengan kehadiran adik-beradik yang telah berkahwin turut tinggal bersama," kaanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment