My Add

Sunday 5 August 2012

Pekerja pengurusan asrama lancar mogok

SHAH ALAM, SABTU, 04 Ogos, 2012: Nasib kira-kira 3,500 pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang sepatutnya mendaftar masuk ke asrama masing-masing di kampus Bestari Jaya, Ijok dekat sini sejak awal bulan ini masih belum mendapat kepastian.

Meskipun pihak pentadbiran universiti menganjakkan tarikh kemasukan kepada 8 Ogos ini, pelajar belum tentu dapat memasuki asrama masing-masing selagi syarikat konsesi pengurusan asrama tidak membenarkan pelajar tersebut mendaftar masuk.

Ini kerana, sehingga kini seramai 50 pekerja pengurusan asrama berkenaan dikatakan ‘mogok’ sejak semalam kerana tidak dibayar gaji ekoran Unisel mempunyai tunggakan kos pengurusan asrama selama lapan bulan dan tunggakan pengurusan kampus induk selama 17 bulan.

Bagaimanapun, Naib Canselor Unisel, Prof. Dr. Anuar Ahmad ketika dihubungi berkata, sebenarnya tidak timbul sebarang masalah kemasukan pelajar ke asrama memandangkan pihaknya menetapkan mereka boleh berbuat demikian Rabu ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment