JERLUN, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh UMNO berkempen kepada pelabur asing supaya jangan melabur di negeri-negeri pembangkang adalah tidak benar sama sekali.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya telah berulang kali menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menetapkan syarat kepada pelabur asing supaya mengehadkan pelaburan mereka di negeri-negeri tersebut termasuk di Kelantan.
Ini kerana, tegas beliau, usaha menarik pelaburan asing dibuat oleh kerajaan tanpa bersikap pilih kasih dan bukan hanya tertumpu di negeri yang ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kenyataan itu langsung tidak benar. Kita tidak pernah ke luar negara memberitahu pelabur asing jangan ke Kelantan sebab ada hudud," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Santai Aidilfitri Mahasiswa Jerlun di pekarangan Arked Mara Pekan Kerpan di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment