My Add

Tuesday, 28 August 2012

Khutbah politik: Kerajaan Pas Kelantan digesa bertegas

KUALA LUMPUR, ISNIN, 27 Ogos, 2012: Kerajaan Pas Kelantan digesa mengambil tindakan tegas ke atas imam dan khatib masjid yang membaca khutbah Aidilfitri berunsur politik serta menggalakkan perpecahan umat Islam.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ibrahim Mohd. Hassanberkata, tugas imam dan khatib adalah sentiasa mengajak umatnya bersatu-padu dan bukan berpecah-belah serta bermusuhan sesama sendiri.

"Kita sebagai umat Islam digalakkan oleh agama untuk bermaaf-maafan antara satu sama lain dan bukan bermusuhan khususnya di bulan Syawal.

"Imam dan khatib yang bersalah perlu dikenakan tindakan tegas seperti menggantung tugas atau membuang mereka bagi mengelakkan kejadian sama berulang di negeri itu kerana jika dibiarkan, perpecahan di antara umat Islam akan bertambah parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment