My Add

Tuesday, 21 August 2012

Kenapa Karpal sahaja bersuara?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Penganalisis politik di negara ini tertanya-tanya dengan tindakan DAP yang meletakkan tanggungjawab menjelaskan penentangan parti itu terhadap hudud dan negara Islam Pas sepenuhnya di bahu Pengerusinya, Karpal Singh.

Rata-rata mereka mempersoalkan tindakan berdiam diri pemimpin kanan DAP lain termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebaliknya membiarkan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu keseorangan.

Pensyarah Geopolitik, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali (gambar) berkata, pemimpin DAP yang lain berkemungkinan memilih pendekatan jalan selamat untuk tidak menyentuh isu itu.

Katanya, taktik itu berkesan bagi membolehkan mereka menuding jari ke arah Karpal sekiranya pertikaian isu tersebut berada di luar kawalan sehingga meretakkan hubungan DAP dan Pas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment