My Add

Tuesday 21 August 2012

ATM dipecah lagi, lebih RM200,000 LESAP


*SALAH sebuah mesin pengeluar wang automatik yang dipecahkan di sebuah kiosk bank di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, pagi semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Ogos, 2012: Suasana lengang di ibu negara berikutan ramai warga kota pulang meraikan Aidilfitri di kampung diambil kesempatan oleh sekumpulan penjenayah untuk menyamun wang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini semalam.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu, perompak bertindak membakar dan memecah sebuah mesin ATM di situ sebelum berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM220,590.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kejadian yang dipercayai berlaku dalam tempoh sejam itu hanya disedari oleh orang ramai pada pukul 4 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment