SHAH ALAMKHAMIS, 09 Ogos, 2012: Kertas siasatan berhubung kes seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta yang ditemui mati dalam bilik tidur rumahnya pada 28 Julai lepas akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, polis sehingga kini merakam 23 kenyataan saksi bagi membantu siasatan kes itu.
"Polis menyiasat kes ini dengan mengambil keterangan dari semua aspek. Setakat ini, seorang saja suspek yang dikenalpasti," katanya di sini, hari ini.
Syaleza Jaffar, 31, yang juga eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya kira-kira jam 7 malam 28 Julai lalu.
Hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu yang juga anak kedua dari enam beradik.
Pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment