My Add

Wednesday 1 August 2012

Kes Syaleza: Keterangan lima individu diambil

SHAH ALAM, RABU, 01 Ogos, 2012: Polis telah mengambil keterangan lima individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata, lima individu itu ialah tiga jiran mangsa dan dua lagi merupakan kakitangan stesen televisyen berkenaan.

"Keterangan yang kami peroleh akan digunakan untuk membantu siasatan serta proses pengumpulan bukti berhubung kes itu.

"Selain itu, mungkin ada beberapa saksi lagi yang kami akan panggil dalam masa terdekat ini untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini.

Syaleza Jaffar, 31, ditemui mati oleh suaminya di bilik tidur rumah itu dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment