My Add

Wednesday 1 August 2012

Kontraktor ditahan disyaki dera anak

SHAH ALAM, RABU, 01 Ogos, 2012: Seorang kontraktor ditahan polis selepas disyaki mendera anak lelakinya yang berusia lapan tahun dalam satu kejadian di Puncak Alam, Kuala Selangor, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh bapanya pada petang Isnin bagi mendapatkan rawatan susulan kecederaan di beberapa bahagian badannya.

"Pemeriksaan menunjukkan mangsa cedera di bahagian dahi kiri dan mengalami bengkak pada dahi kanannya...hasil soal siasat awal, mangsa memaklumkan kepada pihak hospital kecederaan dialaminya itu adalah akibat dipukul oleh bapanya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata susulan itu, pihak hospital membuat laporan polis pada pukul 8 malam hari yang sama kerana bimbang insiden yang menimpa mangsa berkaitan dengan kes dera.

Mohd Adnan berkata polis kemudian menahan bapa mangsa berusia 44 tahun di Puncak Alam pada hari yang sama dan dia kini direman selama empat hari hingga esok bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment