My Add

Sunday 26 August 2012

kesihatan MB Kedah jadi isu?

ALOR SETAR, SABTU, 25 Ogos, 2012: Tahap kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kerap kali menjadi isu kembali menjadi tumpuan apabila beliau gagal hadir dalam beberapa majlis penting kebelakangan ini.

Terbaru, Azizan selaku 'tuan rumah' tidak muncul pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar yang menyasarkan lebih 35,000 tetamu di Seri Mentaloon, di sini hari ini kerana dikatakan mengalami masalah kesihatan serius.

Majlis yang turut dikunjungi oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah itu bagaimanapun berlangsung seperti biasa meskipun tanpa kehadiran Azizan.

Rabu lalu, beliau juga gagal hadir pada program 'Jom Anak Muda Raya Dengan MB' di lokasi sama, sebaliknya diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Bioteknologi negeri, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah. - Sinar Harian

No comments:

Post a Comment