My Add

Friday 3 August 2012

Khairul tersungkur di suku akhir

LONDON, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Hasrat Khairul Anuar Mohamed mencipta sejarah sebagai pemanah pertama negara melangkah ke separuh akhir Olimpik berkecai apabila kemaraannya disekat Takaharu Furukawa di Lord Cricket Ground, sebentar tadi.

Khairul gagal mempamerkan konsistensi seperti pusingan-pusingan sebelumnya dan tumpas 2-6 (26-27, 24-25, 28-21, 26-28).

Penyingkiran atlet kelahiran Terengganu itu bererti cabaran Malaysia untuk Temasya London ini berakhir dengan tangan kosong dan sekadar menyamai pencapaian Beijing empat tahun lalu yang mana ketika itu, Cheng Chu Sian juga tersingkir di suku akhir. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment