My Add

Friday 3 August 2012

Peletakan jawatan Lajim tak gugat BN: Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012:: Peletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort tidak akan mengugat kedudukan Barisan Nasional, sebaliknya yakin mampu menangani cabaran itu. 

Demikian menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabat parti di Menara Datuk Onn di sini, lewat petang tadi. Beliau berkata, setakat ini pelbagai khabar angin dan desas-desus tersebar tetapi BN akan melaksanakan langkah yang sesuai bagi menjamin kedudukan parti terus kukuh. 

“Susulan peletakan jawatan Datuk Seri Lajim (Ukin); Timbalannya, Datuk Isnin Aliasnih akan mengambil alih jawatan sebagai pemangku Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan juga memutuskan Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Sabah mengawasi perjalanan UMNO Beaufort dan memberi apa-apa juga bantuan yang diperlukan oleh bahagian ini untuk memastikan kekuatan UMNO dan BN tidak terjejas,” katanya. 

UMNO sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lajim yang berkuat kuasa pada 30 Julai lalu dan diberikan tempoh dua minggu untuk dijawab, sejajar dengan Perlembagaan parti.

No comments:

Post a Comment