PUTRAJAYA, SELASA, 31 Julai, 2012: Kos pembinaan Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor melibatkan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor (PPAMPS) dan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) adalah lebih rendah dengan perbezaan lebih RM2.2 bilion berbanding tuduhan pembangkang.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kos keseluruhan untuk projek PPAMPS melibatkan pembinaan terowong dari Pahang ke Langat, Selangor adalah RM2.481 bilion untuk lapan pakej projek.
Untuk Langat 2 pula, katanya, hanya melibatkan jangkaan kos sebanyak RM3.749 bilion.
Sebelum ini ada pihak kata kos projek ini melibatkan jumlah RM8.4 bilion dan RM8.56 bilion tetapi jumlah sebenarnya hanya RM6.225 bilion di mana projek terowong untuk menyalurkan air ke Langat sudah pun siap sebanyak 50 peratus, katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment