My Add

Saturday 4 August 2012

Krisis air 2014 berdasarkan kajian

HULU LANGAT, SABTU, 04 Ogos, 2012: Jangkaan krisis air yang akan melanda Selangor termasuk Kuala Lumpur serta Putrajaya menjelang 2014 adalah berdasarkan pada kajian dan bukannya retorik semata-mata.

Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, keadaan itu dijangka bertambah buruk jika kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terus berdegil tidak membenarkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

``Kajian mengenai krisis air di Selangor sudah lama dibuat. Isunya ialah air yang dirawat dan bukannya air mentah. Perkara ini sudah lama dikaji dan hampir 100 peratus benar,'' katanya ketika menjadi panel pada sesi taklimat dan penerangan krisis air di Selangor anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) di Beranang dekat sini hari ini.

Taklimat dan penerangan tersebut merupakan siri jelajah GPRS dalam memberikan gambaran sebenar krisis air kepada rakyat di Selangor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment