My Add

Saturday 4 August 2012

Lelaki terjun daripada pesawat AirAsia

MIRI, SABTU,  04 Ogos. 2012: Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi.

Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. - BH

No comments:

Post a Comment