My Add

Friday 3 August 2012

Kualiti udara semakin baik di seluruh negara: JAS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan semakin baik apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar setakat jam 11 pagi, menunjukkan tiada kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) www.doe.gov.my menyatakan bahawa tiada kawasan yang mencatat bacaan kualiti udara tidak sihat dan berbahaya dengan 83 peratus kawasan di seluruh negara berada pada tahap bacaan IPU sederhana dan 16 peratus di tahap baik.

Kawasan sekitar Lembah Klang seperti Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Selangor, yang merekod IPU sederhana semalam, hari ini masing-masing mencatat bacaan IPU yang sama antara 58 hingga 81.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Cheras mencatatkan bacaan IPU sebanyak 76 dan Batu Muda pula adalah 67.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment