My Add

Friday 3 August 2012

Pecah amanah RM11 j:uta Pengarah, anak didakwa

IPOH, JUMAAY, 03 Ogos, 2012: Seorang pengarah syarikat pembalakan dan perkayuan serta anak lelakinya hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM11.11 juta, tiga tahun lepas.

Tan Boon Huat, 59, pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat Perak Industrial Corporation Sdn. Bhd. didakwa melakukan pecah amanah jenayah melibatkan wang RM11,110,678.20 di syarikat itu beralamat Lot 5608, Jalan Ipoh, Sungai Siput (Utara) pada 28 September 2009.

Sementara itu, anak lelakinya Tan Kang Wei, 33, didakwa bersuhabat dengan Boon Huat untuk melakukan kesalahan pecah amanah jenayah ke atas wang berjumlah RM11,110,678.20 itu yang merupakan milik syarikat berkenaan pada 28 September hingga 22 Disember 2009.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment