My Add

Monday 27 August 2012

Lelaki hidap sakit lelah mati dikelar

BALIK PULAU, AHAD, 26 Ogos, 2012: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kedua-dua tangan terikat manakala leher dikelar di sebuah rumah di Mukim A, Kampung Sungai Pinang, dekat sini hari ini.

Mangsa, Ghadzali Ahmad, 53, yang masih bujang dan tinggal sendirian di rumah peninggalan bapanya itu ditemui berlumuran darah oleh rakannya yang ingin membawa lelaki tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan sakit lelah yang dihidapinya kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis percaya mangsa meninggal dunia lebih 12 jam sebelum ditemui rakannya.

"Rakan Ghadzali yang datang ke rumah itu berasa hairan kerana pintu rumah itu terkunci sebelum memecahkan pintu dan menemui mayat mangsa terbaring dengan kesan kelar di dalam bilik," KATANYA. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment