My Add

Monday 27 August 2012

Kumpulan curi bateri tumpas


*K. Manoharan (kiri) memeriksa bateri pencawang telekomunikasi curi yang berjaya dirampas hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjong Kedai Buloh, Jumaat lalu pada sidang akhbar di Marang, semalam.

Oleh Radhuan Hussain
MARANG, AHAD, 26 Ogos, 2012: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan yang aktif mencuri bateri sokongan di beberapa pencawang syarikat telekomunikasi sekitar daerah ini membabitkan kerugian kira-kira RM200,000, berikutan penangkapan tiga lelaki dalam dua operasi di sini kelmarin.

Salah seorang suspek yang ditahan berusia 36 tahun tersebut merupakan dalang kumpulan yang juga bekas penyelenggara pencawang sebuah syarikat telekomunikasi di Pahang.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan menaiki kereta mewah jenis Mercedes-Benz dan berlagak sebagai kontraktor penyelenggara bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang awam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment