My Add

Saturday 4 August 2012

Lelaki mati ditembak ketika lepak bersama rakan

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Ogos, 2012: Akibat dendam, seorang lelaki dipercayai pengawal kelab malam mati ditembak di Serdang Perdana dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian, mangsa yang dikenali sebagai K.Silvan, 27, ditembak dalam jarak dekat ketika sedang lepak dan minum bersama dua lagi rakannya di bahu jalan pada kira-kira 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd. Razak Elias berkata, mangsa ditembak satu das di kepala serta dua das di bahagian badan dan polis tidak menolak kemungkinan ia bermotifkan dendam.

"Siasatan awal mendapati penembak itu merupakan dua suspek lelaki berumur lingkungan 20-an yang menaiki motor jenis Yamaha LC dengan memakai topi keledar bertutup penuh.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment