My Add

Saturday 4 August 2012

Letupan bongkar kegiatan pindah gas haram

KULIM, SABTU, 04 Ogos, 2012: Letupan berpuluh tong gas dalam sebuah premis, di Taman Cengal, yang mencederakan tiga pekerja di sini awal hari ini membongkar satu kegiatan haram dipercayai memindah gas daripada tong subsidi domestik kepada tong gas industri.

Ketua Zon Pasukan Bomba dan Penyelamat Kulim, Mohd. Firdaus Daud berkata, pihaknya mengesyaki wujud kegiatan haram di situ kerana tiada bekalan eletrik di bangunan itu dan hasil maklumat daripada beberapa pekerja mengatakan bangunan ditutup pada waktu siang tetapi terdapat operasi di sebelah malam.

"Lagi pun terdapat kesan-kesan peralatan digunakan untuk memindahkan gas berkenaan di samping terdapat juga pelbagai ukuran silinder tong gas dalam premis tersebut. Sehingga kini pemilik premis belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mohd. Firdaus berkata, tiga warga asing dipercayai pekerja premis berkenaan melecur seluruh badan akibat api gas berkenaan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment