My Add

Saturday 25 August 2012

'Malaysia negara terbaik, pemimpin utama keselamatan rakyat'

IPOH, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Pelajar Malaysia di Syria, Mohd. Syafie Ahmad Shafawi, pernah mengagumi negara itu yang bukan sahaja memiliki pemandangan cantik tetapi juga dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah akibat pergolakan politik yang berlaku sehingga menyebabkan kesengsaraan rakyat apabila ribuan nyawa terkorban atau menjadi pelarian manakala ekonominya pula jatuh merudum.

Bagi Mohd. Syafie, 27, pengalaman merasai sendiri keperitan hidup ketika pergolakan di Syria menyebabkan dia kini lebih menghargai negara sendiri.

Apabila berhadapan dengan keadaan itu, katanya, dia tidak perlu berfikir panjang untuk mengakui Malaysia adalah negara terbaik baginya.

''Di sana pemandangan memang cantik tetapi tiada makna apabila mereka berperang sesama sendiri sehingga sanggup membunuh," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment