My Add

Saturday 25 August 2012

Pusat Darah Negara perlu penderma

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 24 Ogos, 2012: Pusat Darah Negara menggesa orang ramai menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Roshida Hassan berkata, bilangan penderma darah menurun pada akhir Ramadan dan musim perayaan ini sekali gus menyebabkan bekalan darah berkurangan.

"Pihak kami turut mengadakan kempen derma darah dengan menyediakan Unit Bergerak berhampiran dan kaunter derma darah dibuka kepada orang ramai dari pukul 8 pagi hingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman web www.pdn.gov.my bagi mengetahui jadual kempen-kempen derma darah unit bergerak tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment