My Add

Friday 3 August 2012

MCA Kedah kekal bertanding 2 kerusi Parlimen, 4 DUN

ALOR SETAR, JUMAAT, 03 Ogos, 2012: MCA Kedah kekal bertanding di dua kerusi Parlimen dan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13, kata Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Katanya, keputusan itu dibuat Barisan Nasional (BN) yang setakat ini memperuntukkan kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang serai, serta DUN Kota Darul Aman, Kulim, Bakar Arang dan Gurun.

Semua kerusi terbabit ditandingi MCA pada pilihan raya umum 2008, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Saya percaya kalau ada pertukaran kerusi antara Umno dan MCA, kita serahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi BN untuk berbincang," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata jika ada pertukaran mungkin membabitkan kerusi Parlimen Padang Serai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment