My Add

Thursday 23 August 2012

Mekanik lemas ketika pukat ikan di Sungai Jertih

BESUT, KHAMIS, 23 Ogos 2012: Seorang mekanik ditemui mati lemas di Sungai Jerteh, dekat Kampung Tok Raja Jerteh di sini, semalam.

Mayat Sharimi Shafie, 29, ditemui pada jam 6 petang oleh penduduk kampung yang membantu operasi mencari dan menyelamat. 

Sharimi, yang berasal dari Kampung Baloh, Alor Lintah dilapor tenggelam di sungai itu pada jam 12.45 tengah hari semalam ketika berenang menyeberangi sungai itu untuk memasang pukat.

"Sharimi berenang bersama dua yang lain termasuk sepupunya berusia 15 tahun. Mangsa dan sepupunya tiba-tiba mengalami masalah berkemungkinan kekejangan apabila dilihat tenggelam timbul di satu kawasan kira-kira 30 meter dari tebing," kata Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Noor Zainy Mohd Noor.

Beliau berkata, seorang rakan mereka yang kebetulan berada di tebing menyedari kejadian dan cuba menyelamatkan mereka menggunakan perahu dan dia hanya berjaya menyelamatkan sepupu Sharimi.

Noor Zainy berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dengan bantukan penduduk setempat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment