KUALA SELANGOR SELASA, 31 Julai, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelanjakan dana sebanyak RM500,000 semata-mata untuk 'memudahkan' rakyat negeri ini memahami isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kos setengah juta ringgit itu diperuntukkan sebagai bayaran kepada sebuah firma audit antarabangsa untuk menjalankan laporan audit bagi menerangkan proses pengambilalihan hutang tersebut dilakukan.
"Kita perlu memberi kefahaman kepada rakyat Selangor dalam isu pengambilalihan hutang Talam oleh PKNS dengan membuat audit menyeluruh terhadap syarikat tersebut.
"Buat masa ini nama syarikat audit tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum atas permintaan syarikat itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan barangan keperluan kepada warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di Dewan Berjuntai Bestari di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment