My Add

Wednesday 1 August 2012

Pas teruskan impian laksana hudud

KOTA BHARU, SELASA, 31 Julai, 2012: Pas tidak pernah meninggalkan cita-citanya untuk melaksanakan hukum hudud meskipun perkara itu tidak termasuk dalam kerangkaBuku Jingga.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas tetap memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud dan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menentang pelaksanaannya tidak menghalang cita-cita parti itu.

Malah beliau menyifatkan kenyataan Karpal yang sering mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud bukan perkara pelik dan menyamakannya dengan tindakan MCA dalam Barisan Nasional (BN).

"Kita hormati pandangan beliau, tetapi pendirian kita, kita akan tetap teruskan cita-cita melaksanakan hudud mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment