KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Ogos, 2012: Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali dipersoal apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.
Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Menurut Mohd. Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan.
Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata, keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini.
"Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment