My Add

Saturday 18 August 2012

Tiga Klinik 1Malaysia akan beroperasi di Negeri Sembilan

SEREMBAN, SSABTU, 19 Ogos, 2012: Tiga lagi klinik 1Malaysia (K1M)dijangka beroperasi di Negeri Sembilan tahun ini iaitu di Taman Desa Melang, Kuala Pilah; Taman Sri Cempaka, Bahau dan Taman Bukit Mika 1, Lobak, Seremban.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Negeri, Datuk Ismail Taib berkata, ketiga-tiga klinik berkenaan kini dalam proses pengubahsuaian. Beliau memberitahu Bernama, setakat ini, terdapat enam buah K1M beroperasi di

Negeri Sembilan iaitu di Taman Semarak 2, Nilai, Taman Seremban Jaya dan Taman Rasah Jaya, Seremban yang beroperasi sejak 7 Januari 2010.

Dua klinik lagi mula beroperasi pada 10 Januari 2010 iaitu di Taman Gadong
Indah, Labu dan Jalan Pantai, Sikamat, manakala klinik di Taman Intan Perdana,
Port Dickson pula mula beroperasi sejak 7 Januari. 

Katanya, K1M dikendalikan penolong pegawai perubatan, jururawat kesihatan dan
pembantu perubatan dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

"Perkhidmatan yang disediakan itu memudahkan penduduk yang tinggal di
kawasan bandar mendapatkan rawatan perubatan ringan. Selain itu, ia dapat
mengurangkan beban pesakit di klinik kawasan bandar yang sedia ada," katanya.

Ismail berkata, antara skop perkhidmatannya ialah rawatan ringan, susulan kes
penyakit kronik, prosedur rawatan ringan dan boleh turut sama mendapatkan
notifikasi kes penyakit berjangkit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment