My Add

Saturday 25 August 2012

Murid tahun 4 putus dua jari akibat mercun bola

SUNGAI PETANI, SABTU, 25 Ogos, 2012: Seorang murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil dekat sini putus dua jari tangan kiri setelah mercun bola yang dibakarnya meletup sebelum dia sempat membalingnya.

Dalam kejadian 5 petang Rabu lepas, Wan Muhammad Anas Amar Moh Rosyam, 10, putus ibu jari, jari telunjuk, patah pergelangan tangan kiri selain cedera pada tapak tangan kanan serta kedua-dua mata dan muka.

Bapanya, Moh Rosyam Hanafiah, 39, berkata, akibat kejadian itu juga penglihatannya anaknya kini kurang jelas.

"Saya selalu nasihatkan Anas jangan bermain mercun dan dia sememangnya tidak pernah bermain mercun. Tak sangka pula kejadian ini boleh berlaku ke atasnya,” kata Moh Rosyam ketika ditemui pemberita di Hospital Sultan Abdul Halim Shah, di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment